Archive for March, 2008

Writing again

Thursday, March 13th, 2008

I have a lot of unfinished scripts in my hard disk. Lots and
lots of them. I wonder why I stopped working on them. Perhaps it is because I’m
occupied with other things this few months, and I imagine I would be still this
coming few months (since I’m already working on the dissertation).

 

Just to prove my point (the one in the first line) this is two of the many short stories I worked on a few while back.

 

Appreciate constructive (and why not… destructive)
criticism. Enjoy!

 
“Malang betul nasib aku berjiran dengan
makhluk begitu. “

Raja diam lagi. Kalau tidak kerana sudah lama mengenali Maran, mesti dia jelak mendengar keluhannya.

Ada saja yang tak kena dengan dunia Maran.
Raja akur. Tuhan jadikan makhluk dengan jantina dan personaliti berbeza. Kita
harus terima mereka seadanya.

“ Apa sebabnya
kau hendak berjumpa? Kau tahu bukan aku sibuk? Bini aku di rumah masih menyusukan anak. Mereka
semua perlukan makanan, “ kata Raja dengan suara mendatar.

“ Aku tahu,
“ Maran kelihatan tidak keruan. “ Ini masalah besar, Raja. Kita harus
bertindak. “

“ Pasal si
Perang lagi? “

Langkah
Maran terhenti, bahunya jatuh dirudum kecewa.Butir-butir perkataan yang keluar
dari mulut Raja seolah-olah memberitahu yang dia pembawa masalah. Masalah tu
memang dah wujud, aku cuma bawakannya kepada kau, gerutu Maran dalam hati.

“ Cakaplah,
apa dia, “ Raja memujuk. Dia sedar Maran tersinggung. Sahabatnya yang satu itu
sangat sensitif perangainya. Dia kasihkan Maran, mereka kenal dah lama. Sedari
azali.

Maran yang
tadi mundar-mandir tak keruan duduk di sisi Raja. Dia menghela nafasnya
dalam-dalam. “ Kau dah dengar fatwa baru yang diwartakan semalam? “

Raja
menggeleng. Semalam dia tiada di sini. Dia di kampung sebelah, ke pasar mencari
ikan kerisi yang diidamkan Manja. Dengan kelahiran lima anaknya dia tidak menang tangan
menguruskan rumahtangga. Apatah lagi untuk menghadiri perhimpunan, atau
beromong kosong. Dia tiada masa.

“ Semalam
Tomtom balik dari Kampung Molek, fiilnya pelik betul. Selalu kalau sampai di
rumah dia beri salam, kali ini masuk-masuk sahaja ‘Apa di atas?’ “

“ Apa di
atas? “

“ Dalam
bahasa Perang si pendatang itulah. Aku hairan betul. Belum lama dia di sini dah
mula orang terikut-ikut perangai bangsanya. Entah apa hantu yang dibelanya, “
Maran meluahkan rasa hati yang telah sekian lama terbuku.

Raja
merenung jauh. Terlalu banyak perkataan dalam mulutnya, semua bercampur-baur.
Perasaannya berkecamuk.

“ Entah apa
yang hebatnya tentang dia tu. Siang malam mencantikkan diri, asyik masuk pertandingan kecantikan. Siang berjaga, tengok tv.
Malam tidur, langsung tak menjaga rumah. Bukan dia yang menjaga manusianya,
tapi dah terbalik. Bagus sangatlah tu! “ Maran meluahkan kata-kata berbisa.

Sebuah
keluhan terlepas daripada mulut Raja. Macam mana hendak aku terangkan kepada
kau, Maran? Sekarang bukan mcam dulu lagi. Sekarang sudah zaman milenium,
semuanya dah terbalik. Kita orang tua yang masih berpegang kepada adat dan
tradisi dikatakan ke belakang. Ketingalan zaman. Zaman kita, zaman pioneer, kata
mereka itu zaman Tuk Kaduk!

 

– This, I already forgot what it is all about :P  

 

BAB 1:

BURUNG MURAI, BURUNG
MERBUK

 

 

Sebenarnya kami bersahabat
baik. Walaupun usia perkenalan masih setahun jagung, kami boleh dikatakan agak
rapat. Sewaktu tingkatan satu, dia di kelas Ibnu Sina, manakala aku di kelas
Al-Razi. Bermula sesi persekolahan tingkatan dua, kami diletakkan dalam kelas
yang sama. Memang mudah untuk berkawan dengannya. Orangnya agak pendiam. Kena
betullah dengan diriku yang becok dan lantang. Waktu menyusun meja aku
cepat-cepat memilih tempat kosong di sebelahnya. Semenjak hari itu aku dan dia duduk
sekumpulan. Dalam kelas itu pelajar diletakkan enam berkumpulan. Ada dua orang pelajar
lelaki dalam kumpulan kami; pelajar lelaki memang tidak banyak di kelas ini.
Mungkin kerana kebanyakan mereka dilonggokkan dalam kelas Khawarizmi, kelas yang
terakhir.

 

Walaupun begitu, pelajar
terpandai alam kelas ini, merangkap pelajar terpandai dalam seluruh tingkatan
dua Sekolah Menengah Syed Abdul Kader ini seorang pelajar lelaki yang
bernama Nik Kamarul Arifin. Sejak dia
masuk ke sekolah ini penggal lepas, sudah tak ada peluang lagi untuk orang lain
mendapat nombor satu. Asyik-asyik namanya yang naik. Mujur juga aku masih
berjaya mengekalkan tempat pertama terbaik matapelajaran Sejarah dan Bahasa
Inggeris. Si bijak pandai itu setakat ini hanya mampu terbaik dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Sahabat baikku pula masih ratu
subjek Geografi dan Pendidikan Islam. Subjek-subjek berbaki iaitu Kemahiran
Hidup Bersepadu dan Sains masih tiada penggondol gelaran yang tetap.

Sahabat baikku bernama
Syarifah Aqila bt Mohd Zafri. Semua orang memanggilnya Aqila. Kadang-kadang,
aku memanggilnya dengan nama Qila (jimat sedikit air liur). Ada juga
budak-budak nakal yang memberinya gelaran yang bermacam-macam. Qila pernah
digelar kodok (kerana dia takutkan katak), anak kucing basah (yang ini aku
kurang pasti mengapa), Fumakila dan entah apa-apa nama lagi. Pelik juga apabila
mengenangkan perbuatan mereka. Ah, sebenarnya mereka itu suka mangusik Qila
kerana dia cantik, dan sifat keperempuanannya lebih sedikit daripada aku. Aku
tahu ketua tukang ejek si Farish itu sebenarnya sukakan Aqila. Nampaknya dia
rela main ‘kotor’ daripada mengakui perasaan sebenarnya. Bagus juga begitu. Sebenarnya
aku juga seperti Qila; kami tak gemar bermain cinta. Banyak lagi perkara yang
lebih menarik daripada bermain cinta dengan pelajar lelaki. Kalau Farish
mengaku pada Qila yang dia sukakannya, dah tentu ditolak mentah-mentah. Lepas
itu tak tahulah aku di mana Farish boleh letakkan mukanya!

 

This one is a bit
fortunate, as i still very much remember what it is about :D this one has 5
chapters… unfinished!

 

I shall post the
next part sometime later… depending on the respond ;)

Ade masa ke nak blog?

Thursday, March 6th, 2008

Good question eh?

Takda masa la… I’m typing this at 4:24am, itupun kebetulan my insomnia hits. All i had was tea - could tea be my caffeine? Hahaha… Beats me! (Dush! Dush!)

Right now at the top of my is is - ada 4 lagi assignments that i need to finish. that’s if i count them right (entah2 ada 5 kot, but mesti la tolak satu kan since i finished one just at 3am tadi?).

Speaking of which, kenapa my coursemate (who is supposedly to be ‘close’ to me) didn’t tell me about the equation inserter? adakah sebab dia memang tidak tahu ataupun dia saja mahu simpan sedikit markah untuk dirinya sendiri?

Yes people, in this age of IT i almost did the millenium’s taboo - i was just about to make up my mind that assignment statistic itu harus dihantar saja walaupun bertulisan tangan. Namun begitu terfikir la jugak; tak ke hina kalau semua orang taip pakai komputer (which, according to my friend, is exactly what is happening)? ME, if i made up my mind about something, i’d just do it. no amount of persuasion would change my stone-hard-rock resolution.

Actually, it just takes the right person ;)

So before making a big mistake (kalau dah decide mesti laa dah terus buat kan?) i pinged my good friend lynkin, who convinced me that EVERYTHING is typed nowadays (dammit, that’s my point!) and there is (ADA benda tu) this thing that could induce the maths formula to appear on the screen. WHAT?

Oh yeah, dulu masa degree maths assignment pakai tulis tangan je, sebab (kononnyaaa) PC dah berat dan hard disk pun dah tak cukup2 sebab penuh dek CAD dan 3D rendering.

So shawn saved the day, even in her state of mengantuk-ness. Thanx Shawnzie! :)

Kippo sedang kepanasan (i.e. ‘on heat’), maka dua tiga hari ni kompemlah pening kepala. Nak neuter tapi tak dapat pegi gov clinic coz it’s too far away. Kat Kebun Teh! Minyak RM20, tapi perkara yang nak dibuatnya RM10 je harganya. atooii..!!!

Nak tido! HA… but i really do prefer sleeping in (besok boleh sleep in!).Dsc00015

I guess this flu is taking it’s toll on me ^_~ jomla tido jom jom cuba jom!

Nitey nite!                                                                                                                                                                                                NAk kEk ni!